fbpx
REXY percaya skuad badminton kebangsaan mampu membawa pulang dua pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand nanti.

BAM mahu dua emas di Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua pingat emas menjadi sasaran skuad badminton negara menjelang temasya Sukan SEA Thailand 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 20 Disember depan.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya sasaran itu realistik berdasarkan senarai pemain yang akan dibawa nanti.

Beliau berkata, sektor beregu campuran dan beregu wanita menunjukkan prestasi yang cukup stabil ketika ini, sekali gus mencerahkan peluang meraih dua emas.

“Kita perlu melihat kekuatan lawan seperti Indonesia dan Thailand yang turun dengan pasukan utama. Oleh itu, kalau mahu dua atau tiga emas, kita perlu bekerja keras,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di sini, hari ini.

Menurut Rexy, peluang Malaysia lebih cerah untuk meraih emas menerusi juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu wanita utama, Pearly Tan-M. Thinaah.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, beliau menyifatkan Malaysia berpeluang untuk merangkul tiga pingat emas tetapi ia bergantung kepada prestasi semasa pemain ketika itu.

“Boleh jadi kita akan merangkul dua pingat emas ataupun tiga sekiranya rezeki memihak kepada kita. Kalau Pearly-Thinaah dalam keadaan baik, mereka boleh menang emas, begitu juga Tang Jie-Ee Wei,” ujarnya.

Tambah beliau, pencapaian pada temasya sukan dwitahunan itu turut bergantung kepada tahap fizikal pemain memandangkan jadual padat yang perlu dihadapi.

“Kalau pemain sudah komited mahu bermain di Sukan SEA, mereka perlu berikan yang terbaik dan saya akan pastikan jurulatih serta pemain duduk semeja bagi menetapkan fokus,” ujar Rexy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI