fbpx
MARCO Bezzecchi (kanan) meraikan kemenangan dalam perlumbaan pecut Grand Prix Australia bersama rakan sepasukan, Lorenzo Savadori di Litar Phillip Island. -AFP

Aprilia mengganas di Phillip Island

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AUSTRALIA – Pelumba sensasi Aprilia Racing, Marco Bezzecchi meneruskan rentak cemerlang apabila menjuarai perlumbaan pecut di Grand Prix (GP) Australia 2025 di Litar Phillip Island, sebentar tadi, sekali gus melengkapkan kemenangan ketiganya dalam musim ini.

Lebih manis, kejayaan itu turut menghadiahkan detik bersejarah buat Aprilia Racing apabila mencatat kemenangan 1-2 pertama mereka dalam perlumbaan pecut MotoGP selepas Raul Fernandez (Trackhouse Aprilia) menamatkan saingan di tempat kedua.

Bezzecchi yang bermula di barisan hadapan, mengekalkan rentak kemenangan selepas menjuarai perlumbaan pecut di Mandalika minggu lalu, sekali gus membuktikan jentera Aprilia RS-GP kini antara pencabar kejuaraan.

Pelumba muda sensasi Red Bull KTM, Pedro Acosta melengkapkan podium di tempat ketiga dan podium keempatnya dalam perlumbaan pecut musim ini.

PELUMBA Aprilia Racing , Bezzecchi memenangi perlumbaan pecut Grand Prix Australia di Litar Phillip Island.-AFP

Sementara itu, pelumba tuan rumah Jack Miller (Prima Pramac Yamaha) hampir menjejak podium selepas menamatkan saingan di tempat keempat, hanya 0.066 saat di belakang Acosta.

Bagi barisan Ducati, keputusan di Phillip Island agak mengecewakan apabila pelumba Pertamina Enduro VR46, Fabio di Giannantonio menjadi wakil terbaik mereka di tempat kelima, diikuti Alex Marquez (Gresini Racing) di tempat keenam.

Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo, yang bermula dari petak pertama, gagal mengekalkan rentak dan sekadar menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Dalam pada itu, kejutan besar melanda juara dunia, Pecco Bagnaia (Ducati) yang bergelut sepanjang perlumbaan sebelum menamatkan aksi di kedudukan ke-19, lebih 32 saat ketinggalan dibelakang Bezzecchi.

Kemenangan Bezzecchi menyaksikan pelumba Aprilia itu kini hanya dipisahkan lapan mata daripada Bagnaia dalam perebutan tempat ketiga kejuaraan dunia MotoGP 2025 selepas Bagnaia sekali lagi gagal meraih sebarang mata.

Perlumbaan utama GP Australia akan berlangsung esok dan bakal menjadi penentu sama ada Bezzecchi mampu mengekalkan rentak dominan meskipun berdepan hukuman penalti double long lap.

Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo, akan memulakan aksi dari petak utama, diikuti Bezzecchi di petak kedua, manakala Jack Miller, yang membawa cabaran negara sendiri, bermula di petak ketiga. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI