fbpx
Misi GSF ke Gaza menjadi ikutan serta mendapat perhatian seluruh masyarakat dunia. - GAMBAR HIASAN

Antara kejayaan Sumud Flotilla apabila Gen Z paling nak tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Kesedaran dan mengambil tahu kesengsaraan penduduk Gaza oleh kalangan generasi Z (Gen Z) negara ini merupakan satu daripada impak hasil penyertaan wakil Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di Palestin.

Seorang daripada rakyat Malaysia yang menyertai misi itu, Norazman Ishak berkata, beliau gembira dengan pencapaian tersebut meskipun menyedari tentang wujudnya reaksi meremehkan usaha berkenaan.

“Kita tengok yang positif. Gelombang ini bukan hanya diikuti oleh Gen X, malah Gen Z. Mereka nak tahu apa yang berlaku di Gaza. Itulah kejayaan kita sebenarnya.

“Kita tidak boleh sangkal apa yang orang hendak katakan, itu pandangan mereka. Tetapi alhamdulillah, sebenarnya rakyat Malaysia bersama kita sejak kita berada di atas kapal. Rakyat Malaysia bersama kita berdoa,” katanya di program Eksplorasi Rakit Flotilla untuk Palestin di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI