fbpx
Gambar hiasan.

8 negeri dilanda hujan lebat, ribut petir hingga 5 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 8 negeri sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Kedah kawasan yang diramal hujan lebat adalah Sik dan Baling manakala di Perak, Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

“Selain itu, amaran tersebut turut dikeluarkan di Jeli, Kelantan dan Kemaman, Terengganu,” kata MetMalaysia.

MetMalaysia menambah, di Pahang, keadaan sama turut dijangka melanda Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut.

“Bagi negeri Sarawak kawasan terlibat ialah Serian (Serian), Samarahan, Kapit (Belaga) dan Limbang (Lawas), di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

“Cuaca buruk turut diramalkan melanda seluruh Labuan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI