fbpx
Suspek (kanan) berusia 38 tahun ditahan JHEAIPP kira-kira pukul 8 malam semalam.

Warga asing kutip derma khairat guna surat palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga asing ditahan di Masjid Kampung Kepala Gajah, Simpang Ampat, Nibong Tebal di sini, malam tadi selepas disyaki menjalankan kegiatan kutipan derma khairat menggunakan surat kebenaran palsu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Muhamad Helmi Rosley berkata, risikan selama sebulan membawa kepada tangkapan suspek berusia 39 tahun kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, pihaknya menerima aduan oleh pejabat agama dan orang awam yang disalurkan menerusi laman Facebook sebelum siasatan dibuat.

“Hasil siasatan mendapati, suspek menggunakan modus operandi dengan mempamerkan surat palsu yang mengandungi kepala surat Jabatan dan ditandatangani Pengarah JHEAIPP bagi meyakinkan orang ramai untuk menderma.

“Siasatan juga mendapati purata kutipan sehari cecah RM150 hingga RM250 dan mereka aktif kira-kira dua bulan lalu.

“Kita tidak menolak kemungkinan lebih daripada tiga orang menjalankan kutipan khairat dan mereka ini didalangi sindiket dan siasatan lanjut berkaitan ke mana hasil kutipan disalurkan sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sebarang aktiviti kutipan derma bagi tujuan kebajikan perlu mendapat kebenaran dan kelulusan bertulis daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

“JHEAIPP sentiasa komited dan serius dalam menangani isu kutipan derma, infaq, khairat termasuklah ejen-ejen yang mengutip zakat untuk negeri lain di Pulau Pinang yang berleluasa pada masa ini.

“Ini kerana ia menjejaskan hak mereka yang layak menerima zakat di negeri ini.

“Oleh itu, JHEAIPP menasihatkan masyarakat agar berhati-hati sebelum menyalurkan sumbangan dan merujuk surat kebenaran dengan pihak jabatan bagi mengelakkan penipuan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI