fbpx
Trump bersama Infantino semasa Sidang Damai Gasza di Sharm El-Sheikh, Mesir pada 13 Oktober lalu. - AFP

Trump ugut pindah ‘venue’ Piala Dunia 2026 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyebelahi Presiden Donald Trump selepas beliau mengugut untuk memindahkan lokasi perlawanan Piala Dunia dari beberapa buah bandar di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Metro UK. 

Piala Dunia 2026  akan diadakan di beberapa negeri AS termasuk bandar di bawah pentadbiran Parti Demokrat seperti New York dan Los Angeles. 

Trump berulang kali mengugut mahu memindahkan perlawanan Piala Dunia dari bandar-bandar yang dianggap beliau tidak selamat dan berkata awal minggu ini bahawa Presiden FIFA, Gianni Infantino akan menyokong cadangannya. 

“Kami boleh mengeluarkan mereka (Boston). Datuk bandar mereka (Michelle Wu) tidak profesional. Beliau berhaluan kiri radikal dan mereka mengambil alih beberapa bahagian di Boston. Ini satu kenyataan yang cukup besar bukan? 

“Jika seseorang melakukan kerja tidak bagus dan saya fikir bandar itu tidak selamat, saya akan menghubungi Infantino untuk pindahkan Piala Dunia ke lokasi lain. 

“Beliau akan menyokong cadangan saya. Beliau tidak suka tetapi akan melakukannya. Sangat mudah,” kata Trump. 

Walaupun Trump tidak memiliki kuasa untuk mengubah lokasi perlawanan, beliau mempunyai hubungan rapat dengan Infantino. 

FIFA menegaskan bahawa pentadbiran Trump mempunyai hak untuk menentukan sama ada bandar-bandar di AS selamat untuk menganjurkan perlawanan Piala Dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI