fbpx
Ashari (tengah) menunjukkan daun ketum yang dirampas di IPD Kuantan di Kuantan hari ini.

Tiga beranak bersekongkol edar daun ketum dalam jerami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Helah tiga beranak menyembunyikan daun ketum di dalam bungkusan jerami bagi mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Felda Lepar Hilir 1, dekat sini, petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.40 petang itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan dengan bantuan Balai Polis Gambang turut menahan lima lagi lelaki berusia 19 hingga 46 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran bahan terlarang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan mendapati lelaki berusia 46 tahun yang juga bapa kepada dua suspek lain dipercayai dalang utama sindiket tersebut.

“Dalam serbuan yang kita lakukan, ada tiga beranak, seorang bapa dan dua anak lelakinya berusia 18 dan 19 tahun.

“Siasatan awal mendapati seorang daripada anak suspek utama datang ke rumah berkenaan untuk menghantar makanan kepada bapanya, namun kemungkinan dia mengetahui kegiatan yang dilakukan bapanya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini.

Menurut Ashari, pihaknya turut menemui 23 bungkusan plastik lutsinar mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan lebih 500 kilogram yang disembunyikan di dalam jerami.

Tambahnya, modus operandi itu dipercayai digunakan bagi memastikan daun ketum kekal segar dan sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

“Kalau dilihat secara kasar, bungkusan itu hanya kelihatan seperti jerami. Namun hasil maklumat dan pemeriksaan lanjut, kita menemui daun ketum yang dibungkus rapi di dalamnya,” katanya.

Ashari berkata, dua daripada suspek yang ditahan merupakan pemandu dan kelindan lori yang mengaku menerima upah RM1,200 untuk menghantar bungkusan tersebut ke sekitar daerah ini.

Kesemua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI