fbpx
Muhammad Hafidz (kiri) ditemu bual pemberita di Hospital Slim River, Tanjung Malim hari ini. - Foto FADZIL ZAINOL

‘Tidak benar saya tinggalkan Mustaqqem, saya patah balik cari dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Rakan rapat kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, menafikan tuduhan ramai kononnya dia mengambil sikap meninggalkan kawan yang akhirnya maut dalam ekspedisi mendaki gunung.

Muhammad Hafidz Mohd. Kamal, 36, malah berkata, dirinya mengambil keputusan untuk berpatah balik mendaki Gunung Liang setelah merasakan kawannya terlalu lambat untuk sampai ke garisan penamat.

“Saya menyangkal dakwaan yang menyatakan saya meninggalkan arwah. Malah saya ambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan dia.

“Saya menunggu dia dari 2 pagi hingga 8 pagi (15 Oktober). Saya rasa tidak logik kalau dia tak sampai lagi. Oleh demikian, saya kembali memakai semula pakaian lasak untuk kembali ke atas bersama seorang lagi rakan,” katanya kepada pemberita di Hospital Slim River di sini malam ini.

Muhammad Hafidz berkata, apabila arwah Mustaqqeem mula tercedera dalam pendakian tersebut, dia mengambil keputusan untuk menggendong beberapa barangan kawannya itu supaya memudahkan pergerakannya.

Katanya, dia juga meninggalkan air minuman untuk kawannya yang berada di dalam kumpulan belakang kerana risau tentang keadaan arwah Mustaqqeem.

“Malah setelah saya sampai ke titik penamat pada pukul 2 pagi (15 Oktober.), saya menantikan arwah sampai. Tetapi apabila sudah pukul 8 pagi dia masih belum sampai, saya ambil keputusan untuk membeli makanan di bawah dan kembali memasuki laluan gunung untuk mencarinya tetapi tidak berjaya kerana cuaca tidak mengizinkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI