fbpx
Nur Faratin bersama gambar arwah suamninya.

Dia balas hantaran saya kata jumpa hari Isnin – Isteri arwah Mustaqqeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Sempat meluahkan perasaan rindu kepada suaminya menjadi antara kata-kata terakhir Nur Faratin Mohd. Othman, isteri kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang maut ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Liang di sini.

Menurutnya, kali terakhir dia bercakap dengan arwah Mustaqqeem adalah pada Jumaat malam minggu lalu sebelum suaminya bersama rakan-rakan memulakan pendakian yang dikatakan bermula dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober dan akan turun di Gunung Liang.

“Saya ada bertanya kepada dia, betul ke nak pergi sebab cuaca hujan dan berbahaya. Dia hanya membalas tidak mengapa kerana mereka (rakan pendaki) tahu hendak buat apa. Maka saya pun okay sahaja. Sebab dia selalu pergi pun tiada apa-apa masalah.

“Saya ada berpesan kepada dia sebelum masuk ke kawasan pendakian, hubungi saya terlebih dahulu. Kerana saya tahu sukar berhubung jika sudah masuk dalam (laluan pendakian).

“Sebelum dia masuk, dia sempat hubungi dan saya berpesan kepada dia elok-elok,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar bilik Unit Perubatan Forensik Hospital Slim River di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Faratin berkata, selepas beberapa jam menghubungi suaminya pada Jumaat lalu, dia sempat membuat hantaran media sosial dengan melahirkan perasaan rindu terhadap arwah Mustaqqeem.

“Saya ada post video dia dengan berkata baru tiga jam sahaja berjauhan, saya kata saya rindu. Dia kemudian sempat membuat hantaran semula (repost) dengan berkata jumpa hari Isnin,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN