fbpx
Gambar hiasan

Selangor peruntuk RM1 juta vaksin influenza untuk 12,500 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 juta bagi vaksin Influenza dalam mengekang penularan penyakit itu di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, vaksin tersebut akan disuntik secara percuma kepada 12,500 pelajar di empat daerah, iaitu Hulu Langat, Gombak, Klang, dan Petaling.

Katanya, ia akan bermula seawal minggu hadapan, dan pelaksanaanya akan diketuai oleh Exco Kesihatan Awam negeri, Jamaliah Jamaluddin.

“Berkait tahap kesihatan pelajar yang mengalami risiko akibat penularan penyakit seperti Influenza A, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1 juta untuk vaksin Influenza A.

“Ia untuk disuntik secara percuma kepada 12,500 pelajar di empat daerah, iaitu Hulu Langat, Gombak, Klang, dan Petaling,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! pada 14 Oktober lalu melaporkan Kerajaan Selangor akan meneliti semula keperluan menyalurkan dana khas bagi memperluas pemberian vaksin influenza berikutan peningkatan kes jangkitan terutama dalam kalangan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

Selangor sebelum ini melaksanakan pemberian vaksin influenza secara percuma yang bermula Februari lalu kepada kumpulan berisiko khususnya warga emas dengan satu atau lebih penyakit kronik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI