fbpx
Amirudin.

Sekolah guna pengesan logam elak tragedi berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penggunaan pengesan logam di sekolah antara langkah segera akan diambil bagi meningkatkan tahap keselamatan susulan tragedi pelajar perempuan maut ditikam di Bandar Utama, baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata tragedi ngeri tersebut telah meninggalkan kesan trauma kepada pelajar-pelajar lain di sekolah itu, terutamanya mereka yang menyaksikan jenayah tersebut.

Katanya, ia telah menyebabkan kehadiran pelajar ke sekolah tersebut dalam tempoh dua tiga hari ini telah menurun.

“Bagi mengembalikan keyakinan ibu bapa, guru, dan anak-anak terhadap tahap keselamatan di sekolah serta memulihkan kesan trauma,Kerajaan
Negeri akan mengadakan pertemuan dengan para ibu bapa, guru, dan pelajar bagi memperingati pelajar yang kehilangan nyawa.

“Langkah pantas juga diambil seperti pendaftaran pelajar di sekolah,
penggunaan pengesan logam, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan sistem notifikasi pintar merangkumi ibu bapa dan guru sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, proses ini akan melibatkan perbincangan bersama para ibu bapa sekolah tersebut dan pelbagai pihak lain.

Tegasnya, ini merangkumi Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan (KPM) , Polis Diraja Malaysia, serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

“Ini kerana insiden sebegini tidak boleh ada sebarang ruang untuk diulang sama sekali dan sekolah harus kembali menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita,” jelasnya.

Dalam kejadian pukul 9.10 pagi Selasa lalu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun mati dibunuh dengan kejam oleh rakan sekolahnya yang berusia 14 tahun.

Hasil bedah siasat mendapati tikaman pada leher dan badan menjadi punca kematian mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI