fbpx
Gambar hiasan.

Saya buat lawatan mengejut ke asrama sekolah – Pengarah Pendidikan P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berusaha sedaya upaya mengubah persepsi masyarakat berhubung keselamatan pelajar di sekolah termasuk asrama sekali gus memberi jaminan akan pelaksanaan langkah-langkah bagi mengelak sebarang bentuk kecuaian berlaku.

Pengarahnya, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, beliau sendiri telah melakukan lawatan mengejut ke beberapa buah asrama untuk melihat keadaan sebenar berlaku.

“Saya melihat dalam laporan berita-berita mengenai keluhan dan kebimbangan masyarakat berhubung keselamatan asrama sekolah.

“Tetapi sebenarnya di peringkat kita, kita telah memaklumkan dan berbincang dengan pihak pengetua tentang bagaimana langkah keselamatan itu diutamakan.

“Saya beri jaminan bahawa memang langkah-langkah keselamatan melalui dasar sekolah selamat itu memang kita dah buat. Kita nak elakkan kecuaian dan menyakinkan ibu bapa.

“Cikgu-cikgu pun dah maklum tentang kaedah berkenaan termasuk dengan peranan guru bimbingan dan kaunseling yang telah diberi taklimat bagaimana untuk menangani isu-isu yang berlaku di sekolah dan mengesan awal tentang masalah anak-anak kita di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Sanjungan Budi Anta Permana sempena persaraan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, Zaharah Abdullah di sini sekolah berkenaan, hari ini.

Majlis persaraan yang bertemakan flora itu mungkin menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan buat Pengetua Cemerlang, Zaharah selepas menabur bakti dalam bidang pendidikan selama 34 tahun.

Zaharah memilih untuk menamatkan kariernya pada usia 58 tahun selepas memulakan kerjaya pada tahun 1991.

“Buat anak-anak murid yang saya sayangi, kalianlah bunga-bunga harapan bangsa yang sentiasa mekar di hati. Ketahuilah bahawa setiap teguran dan nasihat lahir daripada kasih seorang guru yang mahu melihat kalian berjaya bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam kehidupan,” katanya ketika berucap. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI