IPOH – Penduduk di sekitar Desa Tambun, Jalan Ampang di sini mendakwa terpaksa hidup dalam keadaan sengsara apabila setiap hari menghirup debu berpunca operasi kilang memproses pasir. Selain itu, mereka yang duduk berdekatan juga berkata terpaksa berhadapan bunyi bising daripada kilang tersebut. Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tambun, Sukor Mat berkata, anggaran lebih 1,000 penduduk di beberapa kawasan perumahan yang berhampiran terpaksa berdepan situasi itu. “Kami tidak tahu adakah debu atau habuk ini membahayakan kesihatan atau……