fbpx
Allahyarham Ahmad Radzli.

Rambo Castello meninggal dunia di Yogyakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pempengaruh media sosial, Rambo Castello meninggal dunia di Rumah Sakit Sardjito, Yogyakarta, Indonesia awal pagi tadi.

Rambo Castello atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah, 59, yang merupakan kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli, menghembuskan nafas terakhir di samping isteri, Asiah Abdullah, 55, dan anaknya, Hafizul Fazli Ahmad Radzli , 30.

Hafizul Fazli berkata, dia dan ibunya sedang menunggu pihak kedutaan untuk proses membawa pulang jenazah bapa ke Malaysia.

“Jenazah bapa telah siap dimandi dan dikafankan. Insya-Allah, jenazah akan dibawa pulang ke Malaysia hari ini, cuma tahu waktunya.

“Apabila tiba di Kuala Lumpur, jenazah bapa akan dibawa ke Kelantan dengan menaiki van jenazah,” katanya dihubungi hari ini.

Hafizul Fazli memberitahu, jenazah padanya itu akan dikembumikan di Kampung Legeh, Air Lanas, Jeli dekat sini.

Katanya, arwah sempat sedarkan diri kelmarin selepas ditidurkan pada 5 Oktober lalu.

“Kami sempat berinteraksi dengannya meskipun dia tidak dapat bercakap. Arwah hanya senyum dan mengangguk tanda faham semasa kami berbual dengannya.

“Pihak hospital memaklumkan kepada kami, punca kematian bapa akibat serangan jantung dan jangkitan pada paru-paru selain diserang asma semasa menerima rawatan,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, keluarga kepada Rambo Castello atau turut dikenali Cikgu Li yang ditidurkan di Rumah Sakit Sardjito, Yogyakarta sejak 5 Oktober lalu akibat serangan jantung merayu kerajaan supaya membantu membawa pulang individu berkenaan dengan kadar segera.

Rambo Castello merupakan pempengaruh media sosial terkenal dengan kandungan berbentuk nasihat mengenai kehidupan masyarakat luar bandar serta perkongsian tip bercucuk tanam.

Beliau mempunyai lebih 168,000 pengikut di Facebook dan lebih 330,000 pengikut di TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI