fbpx
Hushim (gambar kecil) - GAMBAR HIASAN

Ramai pelajar sekolah alami tanda-tanda kemurungan, mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penggunaan gajet secara berlebihan oleh kanak-kanak dan remaja kini menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan masalah kemurungan serta tekanan jiwa dalam kalangan pelajar sekolah.

Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumah Tangga, Hushim Salleh berkata, ramai pelajar pada masa ini menunjukkan tanda-tanda awal gangguan mental akibat terlalu banyak menghabiskan masa bermian gajet tanpa berinteraksi secara bersemuka dengan ibu bapa atau orang sekeliling.

“Kalau anak kita tak banyak bercakap, suka menyendiri dan terlalu introvert, itu sebenarnya satu amaran. Ia boleh membawa kepada masalah kejiwaan serta tekanan mental dan emosi,” katanya menerusi satu perkongsian video di Facebook.

Menurut Hushim, kekurangan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak menjadi antara punca utama pelajar berasa tertekan hingga ada yang bertindak di luar kawalan termasuk mencederakan diri atau orang lain.

“Saya banyak terima kes di klinik. Bila diselidik, rupanya anak-anak ini terlalu lama duduk menghadap gajet. Mereka terpengaruh dengan kandungan video yang tidak sesuai, berkurung dalam bilik dan akhirnya jadi ‘overthinking’ serta stres,” jelasnya.

Beliau menasihatkan ibu bapa agar meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak walaupun sibuk dengan urusan kerja harian.

“Saya faham mak ayah hari ini sibuk, tapi kasih sayang dan komunikasi itu sangat penting. Kena ada ‘bonding’ dengan anak-anak, tahu apa mereka rasa dan fikir,” ujarnya.

Dalam masa sama, Hushim turut menyeru pihak sekolah termasuk guru dan kaunselor supaya memainkan peranan lebih aktif dalam memantau perubahan tingkah laku pelajar.

“Kita semua ada tanggungjawab. Dunia hari ini memang mencabar untuk anak-anak. Jadi pencegahan mesti bermula di rumah dan disokong oleh pihak sekolah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN