PETALING JAYA – Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu di Bandar Sri Damansara, di sini telah dijumpai selamat semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan perkembangan terkini itu.
“Hebahan orang hilang melibatkan remaja perempuan berusia 14 tahun telah dijumpai selamat pada 16 Oktober 2025,” katanya dalam kenyataan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan remaja terbabit yang dikenali sebagai Qhalesya Medina Roselaine, selepas kali terakhir dilihat di Tiara Apartment, Jalan Damar SD15/6, Bandar Sri Damansara pada Sabtu. – KOSMO! ONLINE