fbpx
Aketxe meraikan gol yang dilakukan bersama rakan sepasukan JDT pada aksi bertemu Penang FC sebentar tadi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Piala FA: JDT bawa bekalan tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Penang FC dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, George Town sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Harimau Selatan selaku pelawat tidak mempunyai masalah untuk mendahului seawal minit keenam hasil penyudah pemain import, Oscar Arribas.

Namun, keceriaan JDT tidak bertahan lama apabila Penang FC menunjukkan semangat juang tinggi untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan pemain pertahanan, Adib Ra’op.

Malang menimpa Penang FC apabila pemain muda, Ahmad Irfan Mohd Noor dilayangkan kad merah selepas melakukan kekasaran terhadap penyerang naturalisasi, Romel Morales sebelum berakhir babak pertama.

Kelebihan tersebut digunakan oleh JDT dengan import baharu, Ager Aketxe berjaya menjaringkan gol kemenangan hasil sepakan percuma pada awal babak kedua dengan keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut memberi suntikan semangat buat JDT yang bakal bertemu dengan kelab Liga China, Chengdu Rongcheng pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI