fbpx
Penyokong PAOK mengibarkan bendera Gaza semasa perlawanan Liga Europa menentang Maccabi Tel Aviv di Stadium Toumba pada 24 September lalu. - AFP

Penyokong Israel dilarang ke Villa Park

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengkritik keputusan melarang penyokong pasukan Israel, Maccabi Tel Aviv daripada menghadiri aksi Liga Europa menentang Aston Villa di Birmingham bulan depan, lapor akhbar Metro UK. 

Polis West Midlands berkata, perlawanan di Villa Park pada 6 November ini diklasifikasikan sebagai ‘berisiko tinggi’ sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan awam. 

“Keputusan ini dibuat berdasarkan risikan semasa dan insiden terdahulu termasuk pertempuran ganas dan kes jenayah kebencian yang berlaku semasa perlawanan Liga Europa 2024 antara Ajax dan Maccabi Tel Aviv di Amsterdam.

“Berdasarkan pertimbangan profesional kami, kami percaya langkah ini akan membantu mengurangkan risiko terhadap keselamatan awam.

“Walaupun sijil keselamatan dikeluarkan oleh Majlis Banda Raya Birmingham, Polis West Midlands menyokong keputusan untuk melarang penyokong masuk ke stadium pada hari perlawanan,” kata jurucakap polis. 

Stamer mengkritik langkah itu sebagai satu keputusan yang salah. 

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan anti semitik  di negara ini. 

“Peranan polis adalah memastikan semua penyokong bola sepak dapat menikmati perlawanan tanpa rasa takut atau ancaman keganasan,” tulis Stamer di platform X. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI