fbpx
Rakaman CCTV menunjukkan pasangan suami isteri membuka peti besi milik Kitsiri. - FM91 BKK

Pembantu rumah kebas emas RM156,000 milik majikan buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pembantu rumah di Thailand ditahan kerana dituduh mencuri barangan kemas dan wang tunai milik majikannya yang mengalami cacat penglihatan bernilai hampir 1.2 juta baht (RM156,000), lapor laman berita Thaiger semalam.

Sureerat Maneerat, 34, ditahan bersama suaminya, Anuchit Khongpan, 38, kerana berkomplot mencuri barangan kemas milik Kitsiri, 25.

Menurut Kitsiri, dia membuat laporan polis pada 6 Ogos lalu apabila mendapati peti besi yang menempatkan semua barangan berharga miliknya telah dibuka selepas beberapa hari meninggalkan rumah.

Katanya, sejurus mendapati peti besi itu tidak dapat dibuka, dia meminta bantuan seseorang untuk membukanya.

Namun, Kitsiri terkejut apabila diberitahu bahawa peti itu diumpil dan dilekat semula menggunakan gam.

Menurut Kitsiri, dia mendapati wang tunai 200,000 baht (RM25,928) dan emas bernilai sekitar 990,000 baht (RM128,344) hilang daripada peti itu, membuatkan dia mengesyaki pembantu rumahnya terlibat.

Polis berkata, terdapat bukti mencukupi yang mengaitkan kedua-dua suspek dengan kecurian itu. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga jelas menunjukkan mereka melakukan jenayah itu, manakala cap jari pasangan tersebut ditemui pada peti keselamatan dan kawasan lain di dalam kondominium Kitsiri. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN