fbpx
Pegawai polis menjalankan siasatan di lokasi seorang pembonceng motosikal maut selepas dilanggar sebuah lori di jalan besar Palong 4, 5 dan 6, Jempol semalam. -IHSAN POLIS

Lori rempuh motosikal tiba-tiba masuk jalan, pembonceng maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang lelaki maut apabila motosikal dinaikinya dilanggar sebuah lori di jalan besar Palong 4, 5, dan 6 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, kejadian pukul 3.30 petang itu membabitkan motosikal jenis Suzuki RC110 dan lori jenis Mitsubishi Fuso.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu lori iaitu lelaki berusia 37 tahun dari arah kilang sawit menghala ke Pasir Besar, manakala penunggang motosikal bersama seorang pembonceng warganegara Indonesia yang masing-masing berumur 33 tahun dan 47 tahun dari arah yang sama.

“Setiba di lokasi kejadian semasa lori sedang bergerak terus, tiba-tiba terdapat sebuah motosikal yang berada di bahu jalan sebelah kiri lori terus naik ke atas jalan raya.

“Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, pemandu lori tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang sisi sebelah kanan motosikal tersebut.

“Akibat daripada kemalangan ini, pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Norhisham lagi, penunggang motosikal pula mengalami kecederaan patah pada bahagian tangan sebelah kanan dan sedang menerima rawatan di Hospital Jempol.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI