PARIS – Seorang lelaki Perancis menempa nama dalam Guinness World Records kerana melakukan aksi ‘wheelie’ sambil mengayuh basikal sejauh 150.4 kilometer, lapor portal berita Bike Radar.
Oscar Delaite mencatatkan rekod dunia untuk aksi ‘wheelie’ paling jauh itu dengan menunggang basikal jenama Rose Bikes, baru-baru ini.
Percubaan itu dilakukan di sebuah trek larian di Vittel, timur laut Perancis.
Delaite mengambil masa kira-kira 6 jam dan 31 minit serta 752 pusingan untuk melengkapkan jarak tersebut.
Dia pernah memecahkan beberapa rekod dunia termasuk aksi ‘wheelie’ paling jauh dengan basikal tanpa roda hadapan pada jarak 100.5 kilometer. – AGENSI