fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki maut jatuh parkir kondo di Batu Caves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan parkir di sebuah kondominium di Batu Caves, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4.35 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi. Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan bahagian bawah bangunan parkir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Selayang.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.

Tambahnya, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk meneliti televisyen kamera litar tertutup (CCTV) dan mengambil keterangan saksi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menghormati privasi keluarga mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Eqhmal Hakimi Zainodin di talian 011-3335 2585 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-6126 2222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI