fbpx
GAMBAR fail sebuah bangunan mahkamah di Singapura. - Foto AFP

Lelaki guna dron hantar dadah ke Singapura dari Malaysia dijel 28 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lebih  28 tahun setelah didapati bersalah menggunakan dron untuk menghantar bungkusan dadah termasuk methamphetamine ke Singapura dari Malaysia, lapor portal berita Stomp semalam.

Helmie Shahrezza Shahrom dijatuhkan hukuman penjara 28 tahun 3 bulan serta 18 sebatan rotan oleh hakim sebuah mahkamah Singapura.

Tiga lelaki lain yang terlibat dalam kes itu dijatuhi hukuman lebih awal dengan tempoh penjara antara 12 hingga 14 tahun.

Mohamad Shahrezza Mohammad Zuhri yang mengendalikan dron itu, Mohamad Hasri Ab Rahim bertindak sebagai pemerhati, manakala Mohammad Nazri Jumat memasang bungkusan dadah pada pesawat tanpa juruterbang tersebut di Malaysia.

Hasri dan Nazri masing-masing turut dijatuhi hukuman 10 sebatan.

Helmie yang merupakan  rakyat Singapura berusia 34 tahun, merupakan satu-satunya individu yang dibicarakan kerana dia menafikan mengetahui bahawa dron itu akan membawa dadah pada hari dia ditangkap.

Selepas perbicaraan pada 4 September lalu, dia disabit bersalah atas kesalahan mengimport dadah terlarang  ke Singapura.

Ketika hukuman dijatuhkan oleh Hakim Daerah, Jasvender Kaur, Helmie yang memakai seragam ungu penjara melambaikan tangan ke arah rakan serta keluarganya di galeri mahkamah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI