fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki ditahan ‘ganggu’ remaja dalam kereta ke masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dalam kejadian ketika menuju ke Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.41 petang Rabu lalu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa menaiki kereta suspek dari stesen bas Bukit Sentosa untuk ke Masjid As-Salam bagi berjumpa rakan. Mangsa mengenali suspek sejak Disember tahun lalu ketika menumpang di masjid berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai siak di sebuah masjid di Bukit Sentosa telah memegang kemaluan mangsa ketika dalam perjalanan ke masjid selain turut menghantar mesej berbaur lucah ke telefon bimbit remaja berkenaan.

“Hasil tindakan segera Bahagian Siasatan Jenayah, suspek ditahan pada 16 Oktober kira-kira pukul 12.30 tengah malam di rumahnya di Bukit Sentosa, Rawang untuk membantu siasatan. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Oktober 2025 bagi siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI