fbpx
Dziauddin ketika berucap pada Majlis Sanjungan Budi Anta Permana sempena persaraan Pengetua SMK Bukit Jambul, Zaharah Abdullah di sekolah itu, hari ini.

‘Kita buka seluas-luas pintu untuk PDRM masuk kawasan asrama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang menyambut baik kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan rondaan malam di kawasan asrama sekolah negeri ini bagi membantu mengekang jenayah buli membabitkan para pelajar.

Pengarahnya, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat dalam tempoh terdekat bersama PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan beberapa agensi lain bagi menilai bentuk keperluan dalam kerjasama tersebut.

“Dalam taklimat dua hari lalu bersama Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad dan juga kehadiran YB Menteri bersama Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri menyebut kerjasama erat dengan PDRM untuk melaksanakan rondaan ke kawasan asrama.

“Kita membuka seluas-luasnya pintu untuk pihak polis membuat rondaan berkenaan sebagai tanda bekerjasama rapat dengan PDRM,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Sanjungan Budi Anta Permana sempena persaraan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, Zaharah Abdullah di sini sekolah berkenaan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis Pulau Pinang sedia menggerakkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda polis (MPV) untuk menjalankan rondaan berkala di sekolah-sekolah berasrama khususnya pada waktu malam.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail berkata, langkah itu diambil bagi mencegah kejadian buli serta memastikan kehadiran polis dirasai di kawasan sekolah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI