PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan dua individu yang dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
JIM dalam satu kenyataan berkata, individu pertama yang dikehendaki ialah Zaw Htet Aung, lelaki warga Myanmar berusia 22 tahun.
“Manakala individu kedua dikenali sebagai Kwek Meng Kheng, lelaki tempatan berusia 38 tahun dengan alamat terakhir di Taman Rasmi Jaya, Ampang,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua individu tersebut diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Ella Fazlina Mat Misiah, dari Cawangan Siasatan Khas (USK 5), Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-8880 3300 pada waktu pejabat.
Sebarang maklumat selepas waktu pejabat pula boleh disalurkan ke Bilik Gerakan JIM di talian 03-8880 1555. – KOSMO! ONLINE