fbpx
Helikopter yang digunakan untuk membawa turun jenazah mangsa dari puncak Gunung Liang di Tanjung Malim hari ini. - Foto FADZIL ZAINOL/KOSMO!

Jenazah Allahyarham Mustaqqeem berjaya dibawa turun Gunung Liang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Jenazah Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang di sini berjaya dibawa turun bomba pada pukul 3.15 petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah, jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Slim River untuk proses bedah siasat.

Katanya, proses penyelamatan tidak dapat dilakukan pagi tadi ekoran halangan cuaca namun pemantauan dilakukan di kawasan puncak Gunung Liang pada pukul 2.30 petang tadi menunjukkan ia dapat dilaksanakan.

“Pada pukul 2.30 tadi cuaca nampak baik dan helikopter berlepas dari Padang Kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membawa turun jenazah mangsa.

“Mangsa berjaya dibawa keluar dari puncak Gunung Liang dan seterusnya dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Media semalam melaporkan Mustaqqeem ditemui meninggal dunia di puncak gunung tersebut oleh anggota penyelamat setelah dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki bersama 10 rakannya dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI