fbpx
ZULAZREN Zakariah dibawa anggota polis bagi berdepan pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Seremban pada 19 Ogos lalu. GAMBAR FAIL. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

Isteri curang selepas 10 tahun kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Peguam yang mewakili tukang masak yang didakwa membunuh dengan menikam seorang duda di Taman Seri Pagi, Senawang di sini pada Ogos lalu memohon anak guamnya menjalani penilaian psikiatri.

Ahmad Lokman membuat permohonan itu pada prosiding sebutan semula kes di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut Ahmad, pihak pembelaan melihat ada keperluan untuk menilai mental tertuduh, Zulazren Zakariah, 31, di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah atas beberapa alasan termasuk tekanan emosi yang dialaminya.

“Tertuduh mengetahui isterinya yang sudah bersama hampir sepuluh tahun dan mempunyai dua anak telah curang pada hari kejadian.

“Ketika ditahan tertuduh bukan di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan tiada rekod jenayah lampau, tertuduh melakukan dua kerja untuk menanggung keluarga dan emosinya terganggu akibat tekanan kerja sebelum kejadian,” katanya.

Ahmad memberitahu, penilaian psikiatri itu penting bagi memastikan sama ada tertuduh bersedia (waras) untuk menjalani perbicaraan selepas dipersoal mahkamah tentang kerelevenan dihantar menjalani ujian mental.

Nurul Saqinah berkata, permohonan pihak pembelaan itu perlu dirujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN