fbpx
Gambar hiasan

Ibu syak anak dibuli, ada tulisan ‘pergi mampus’ di tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang ibu meluahkan rasa sedih dan terkilan selepas anak perempuannya dipercayai menjadi mangsa buli hingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan ini.

Menurut perkongsian wanita itu di laman Threads, anak perempuannya sebelum ini dimaklumkan tidak sihat dan mengalami sakit dada ketika berada di sebuah institusi pendidikan di ibu negara.

Katanya, dia menerima panggilan daripada seorang ustazah pada pukul 10.55 pagi, 8 Oktober lalu, memaklumkan keadaan anaknya yang membimbangkan sebelum remaja tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Batu Muda, Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor mengesahkan (anak) mengalami keadaan yang membimbangkan, kerana bacaan jantung tidak stabil dan terus di rujuk ke ICU Hospital Kuala Lumpur. Selepas dimaklumkan, saya bergegas ke hospital dari Yayasan Hasanah,” katanya.

Menurut wanita berkenaan, sebaik anaknya tiba di hospital bersama ustazah terbabit, dia terkejut apabila melihat ada tulisan ‘pergi mampus’ pada tangan remaja itu yang dipercayai ditulis menggunakan pen marker biru.

“Di mana kami percaya kejadian hari ini (ketika kejadian) berlaku susulan kepada insiden membuli (anak) baru-baru ini,” dakwanya.

Perkongsian wanita itu di Threads mengenai kejadian yang menimpa anak perempunya baru-baru ini.

Dalam hantaran sama, wanita itu turut memaklumkan bahawa pembedahan terhadap anak perempuannya dijadualkan berlangsung pada 23 Oktober ini di Hospital Serdang.

“Kami mohon doa semua agar segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Apabila dusta diucapkan, Allah Maha Mengetahui kebenarannya.

“Mohon doakan mereka yang telah menganiaya kami, semoga Allah mengembalikan apa yang telah diambil dan memuliakan apa yang telah dizalimi,” katanya.

Di hantaran Threadsnya, wanita itu juga berkongsi gambar memaparkan sedang berada di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur dipercayai untuk membuat laporan berkaitan kejadian menimpa anaknya yang didakwa menjadi mangsa buli.

Setakat ini, belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak institusi berkenaan atau pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN