PETALING JAYA – Perbandingan kategori pendapatan isi rumah antara negeri kembali mencuri perhatian ramai selepas tular infografik kos sara hidup di media sosial.
Menerusi hantaran di Threads oleh Ct_zaa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkongsi infografik menunjukkan pendapatan isi rumah sebanyak RM6,620 dikategorikan sebagai T20 di Kelantan, namun hanya berada dalam kumpulan B40 di Kuala Lumpur yang ditakrifkan sebagai pendapatan di bawah RM9,150.
Perbandingan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang terkejut dengan jurang ketara antara negeri.
“Dah kalau gaji RM7,000 hingga RM8,000 tak cukup, baik duduk luar bandar saja kalau begini,” komen Raniya.
“Oh, baru tahu ikut peringkat setiap negeri rupanya. Saya sangka melebihi RM11,800 sebulan adalah T20,” kata Miezan.
“Mana-mana negeri pun saya masih B40,” komen Shukry Supyan. – KOSMO! ONLINE
