TANJUNG MALIM – Cuaca berkabus menghalang usaha membawa turun mayat mangsa Mustaqqem Mansoor yang meninggal dunia di puncak Gunung Liang di sini menggunakan helikopter bomba.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, sehingga kini, mayat masih belum dibawa keluar kerana cuaca masih berkabus.
Katanya lagi, dua lelaki yang juga malim gunung masing-masing berumur 50 dan 41 tahun telah ditahan oleh Jabatan Perhutanan mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan 1984 kerana memasuki hutan simpan tanpa kebenaran yang sah.
“Kedua-duanya kemudian telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya di sini hari ini.
Ujarnya, mayat akan dibawa ke Hospital Slim River selepas berjaya dibawa turun untuk urusan selanjutnya.- KOSMO! ONLINE