fbpx
Amylea Azizan memadam kesemua foto bersama bekas suami, Mohammad Aqbar Mohamad beberapa hari selepas mengumumkan perceraian mereka.

Amylea buang arca ukiran tangan bekas suami ke tong sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bagaikan membuka lembaran baharu, penyanyi dan komposer Amylea Azizan memadam kesemua foto bersama bekas suami, Mohammad Aqbar Mohamad beberapa hari selepas mengumumkan perceraian mereka.

Amylea, 38, juga dilihat membuang arca ukiran genggaman tangan ‘Amy x Ash’ ke dalam tong sampah dipercayai milik mereka berdua yang sebelum ini dikatakan sebagai simbol cinta.

“New beginnings (permulaan baharu),” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen di laman sosial yang menunjukkan tekadnya meneruskan kehidupan solo.

Bagai mewakili perasaan ketika ini, lagu Thank U, Next nyanyian Ariana Grande serta Jump daripada kumpulan popular Korea Selatan, Blackpink dipilih menjadi latar muzik entri tersebut.

Kedua-dua dendangan berkisar kekuatan semangat untuk bangkit seolah-olah perlambangan tegar melangkah mengharungi hari mendatang.

Pada 13 Oktober lalu, Amylea mengumumkan rumah tangga bersama lelaki pilihan hatinya sudah berakhir.

Berita mengejutkan yang dikongsikan menerusi Instagram itu turut menyatakan dirinya sudah habis tempoh idah selain berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak mendedahkan secara terperinci mengenai butiran perceraian termasuk tarikh perpisahan berlaku.

Amylea dan Aqbar sebelum ini mengumumkan pernikahan mereka pada November 2023, namun tidak pernah berkongsi perincian mengenai hari bahagia mereka itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI