fbpx
Jenazah Allahyarham Mustaqqeem ditemukan dalam keadaan berpeluk tubuh di puncak Gunung Liang.

Allahyarham Mustaqqeem ditemui dalam keadaan berpeluk tubuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Jenazah Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, ditemui anggota penyelamat dalam keadaan berpeluk tubuh di puncak Gunung Liang di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Zairul Fahmi Mohd. Nazari berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap bersama barangannya yang lain seperti ‘sleeping bag’.

“Ketinggian puncak gunung itu adalah sekitar 1,909 meter dari aras laut. Suhu yang sejuk sehingga boleh mencecah 3 hingga 4 darjah Celsius mungkin menjadi sebab mangsa tak dapat bertahan.

“Kita tidak mendapati sebarang kecederaan pada mangsa pada peringkat awal penemuannya namun pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah melaksanakan proses ‘packaging’ (membalut) untuk melindungi mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang merupakan komander operasi SAR itu berkata, tujuh jam diperlukan oleh seseorang pendaki untuk turun ke kaki gunung dari kawasan puncak.

Pada masa sama, Mohd. Zairul Fahmi berkata, sebelum ini juga pernah dilaporkan sekurang-kurangnya lima kes pendaki sesat di Gunung Liang namun mereka dapat ditemui dengan mudah oleh pasukan penyelamat.

“Bagaimanapun, ini kali pertama kita menemui mangsa dalam keadaan telah meninggal dunia,” katanya yang turut memberitahu, pasukan pendaki disertai Allahyarham Mustaqqeem berada di laluan tepat untuk turun dan tidak sesat.

Beliau berkata, daripada maklumat awal diterima pihaknya, mangsa dan rakan-rakan sememangnya dalam proses untuk turun dari gunung tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI