fbpx
MARIANA (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memberi suapan sebanyak RM600 kepada Penguatkuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), 10 Mac lalu. Foto BAZLAN IBRAHIM

Wanita Indonesia rebah lepas didakwa rasuah penguat kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu rumah warga Indonesia rebah sebaik sahaja wanita itu selesai dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merasuah seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) sebanyak RM600, Mac lalu.

Terdahulu, tertuduh, Mariana Umar, 50, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan HakimDatuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa telah memberi memberi suapan wang tunai bernilai RM600 kepada seorang penguatkuasa MBIP agar tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap dirinya yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Taman Universiti, Skudai lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, 10 Mac lalu.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhd. Faizul Kamaro Zaman mencadangkan agar mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 kepada tertuduh.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), K. Bharathi yang mewakili tertuduh bagaimanapun meminta wang jaminan dikurangkan kerana tertuduh hanya berpendapatan RM1,000 sebulan.

Mahkamah kemudian menetapkan agar tertuduh dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warga tempatan. Ahmad Kamal Arifin turut menetapkan tarikh sebutan semula pada 20 November bagi lantikan peguam dan penyerahan dokumen.

Selesai prosiding, wanita tersebut kelihatan lemah sehingga rebah sebab terkejut dengan jumlah wang jaminan sebelum perlu dikeluarkan dari mahkamah menggunakan kerusi roda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI