fbpx
Noryani Syakira bersama Ahmad Faiz (kiri) membuat persiapan membeli barangan keperluan untuk memulakan perniagaan sendiri.

[VIDEO] Rider wanita bonceng tiga anak diberhentikan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita yang sebelum ini tular kerana membawa tiga anak kecil ketika bertugas sebagai penghantar makanan telah diberhentikan daripada tugasan itu, namun diberi peluang baharu untuk berniaga sendiri.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengasas aplikasi penghantaran Misi, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi yang menjelaskan keputusan tersebut dibuat selepas menilai situasi serta keperluan wanita berkenaan.

“Saya terpaksa berhentikan ibu ni dari rider Misi dan set up (buat persiapan) barang berniaga A – Z sebab akak ini pernah berniaga sebelum ni,” katanya menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Menurutnya, pihak Misi akan membantu wanita tersebut dengan menyediakan platform perniagaan dalam talian melalui aplikasi berkenaan bagi membolehkan orang ramai di Melaka membuat pesanan.

“Esok kita akan open order (buka pesanan) untuk orang Melaka order (pesan) melalui aplikasi Misi. Install (muat turun) sekarang, esok saya ‘update’ dalam frontpage (muka depan) Misi untuk semua pesanan,” katanya.

Terdahulu, ibu muda, Noryani Syakira Yaakob, 23, mendapat perhatian ramai pihak selepas gambarnya menunggang motosikal sambil membonceng tiga anak kecil termasuk seorang bayi untuk menghantar pesanan pelanggan tular di media sosial.

Kata wanita itu, tindakannya bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya dilakukan atas desakan hidup bagi membantu suaminya yang bekerja di bengkel dengan pendapatan RM1,200 sebulan.

Bagaimanapun, tuah berpihak kepadanya apabila orang ramai tampil menghulurkan sumbangan tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menzahirkan rasa syukur dan terharu atas sambutan luar biasa rakyat Malaysia terhadap usaha membantu individu terbabit selepas kisah Noryani Syakira dikongsikan di media sosialnya.

“Dalam pengetahuan saya, sumbangan tunai yang diterima lebih dari mencukupi. Adik ‘rider’ tu juga telah maklumkan perkara yang sama kepada sebuah media tempatan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang.

“Angka (sumbangan) itu dah sampai hadnya pada pemahaman saya. Kalau nak sumbang juga, itu pilihan sendiri. Nanti kau orang jangan salahkan saya pula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI