fbpx
Ustaz Mad Kecik sewaktu menerima rawatan di salah sebuah hospital di Hulu Terengganu semalam.

Ustaz Mad Kecik mengadu kurang sihat, dikejar ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Ustaz Mad Kecik atau nama sebenarnya, Muhammad Abdullah, 32, yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini dikejarkan ke hospital ekoran masalah kesihatan malam tadi.

Abang sulungnya, Mohd. Faizul, 40, berkata, adiknya mengadu tidak sihat selepas pulang daripada menyampaikan kuliah maghrib di sebuah masjid di Binjai, Kemaman dekat sini.

“Tahap kesihatan adik saya tidak berapa baik, kami segera membawanya ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Beliau ditahan selama beberapa jam di dalam wad bagi tujuan pemantauan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Faizul berkata, Ustaz Mad Kecik bagaimanapun meminta kebenaran untuk pulang ke rumah Kampung Kuala Dura di sini untuk berehat.

Sehubungan itu, lelaki tersebut memohon orang ramai supaya mendoakan kesembuhan anak keempat daripada enam beradik tersebut.

Ustaz Mad Kecik merupakan seorang daripada 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF ke Gaza yang ditahan Tentera Pertahanan Israel (IDF) baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI