PAK BARA yang terletak dalam daerah Satun, Thailand asalnya hanya sebuah perkampungan nelayan sunyi. Namanya dikatakan berasal daripada istilah setempat yang merujuk kepada api atau bara yang menjadi penanda arah pelaut pada zaman dahulu. Kedudukan strategik Pak Bara di pesisir Laut Andaman menjadikannya pelabuhan semula jadi sejak berabad-abad lamanya. Ia merupakan satu tempat persinggahan dagangan dari Satun hingga ke Perlis dan Langkawi, Kedah. Seiring masa, Pak Bara membangun menjadi pintu masuk ke kepulauan Tarutao dan Koh Lipe. Pada era 1970-an,……