fbpx
RUSSELL (kiri) dan Antonelli boleh menarik nafas lega apabila kekal berlumba dengan Mercedes musim depan. - AFP

Tiada Verstappen, Mercedes kekalkan pelumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Masa depan pelumba Britain, George Russell yang menjuarai Grand Prix (GP) Singapura baru-baru ini akhirnya menemui titik noktah apabila sah kekal bersama Mercedes sekali gus meneruskan cabaran dengan pasukan itu buat musim kelima berturut-turut.

Berita baik tersebut sekali gus menamatkan khabar angin yang mengaitkan kemungkinan juara dunia empat kali berturut-turut, Max Verstappen menyertai pasukan itu musim hadapan.

Sebelum ini, terdapat ura-ura Verstappen mempunyai klausa kontrak yang membolehkannya meninggalkan Red Bull jika terkeluar daripada kelompok tiga pelumba teratas sebelum cuti musim panas bulan Ogos.

Namun, Verstappen berjaya mengekalkan kedudukan antara tiga pelumba teratas dan akan kekal bersama Red Bull musim depan.

Selain Russell, pelumba muda Itali, Kimi Antonelli turut menandatangani perjanjian lanjutan bersama Mercedes sekali gus mengukuhkan barisan pelumba bagi menghadapi cabaran musim depan.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menyifatkan kedua-dua pelumba itu sebagai aset penting dan yakin mereka mampu membawa pasukan ke tahap lebih tinggi.

“Pengesahan barisan pelumba ini bukanlah satu persoalan ‘jika’, tetapi ‘bilakah’. George (Russell) dan Kimi (Antonelli) membuktikan mereka pasangan yang kuat dan kami teruja untuk meneruskan perjalanan bersama mereka,” kata Wolff.

Russell kini menduduki tangga keempat dalam carta pemandu selepas lapan kali menaiki podium musim ini termasuk kemenangan di Kanada dan Singapura.

Antonelli yang baru musim pertama bersama Mercedes, berjaya meraih podium sulungnya di Montreal dan kini menduduki tempat ketujuh dengan 88 mata.

Mereka dijangka meneruskan perjuangan pada GP Amerika Syarikat yang akan berlangsung di Austin, Texas hujung minggu ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI