fbpx
NKETIAH

Terbuka panggil dua pemain darah warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ACCRA – Menteri Sukan dan Rekreasi Ghana, Kofi Adams membuka pintu buat dua pemain berdarah warisan kelahiran England, Eddie Nketiah dan Callum Hudson-Odoi menguatkan pasukan menjelang Piala Dunia 2026 tahun depan.

Sebagai rekod, terdapat spekulasi bahawa Nketiah dan Hudson-Odoi sedia untuk menukar kerakyatan mewakili Ghana walaupun kedua-duanya pernah membuat penampilan bersama skuad senior England dengan kali terakhir dua tahun lalu.

Kata Adams, segalanya bergantung dengan keputusan jurulatih, Otto Addo dan barisan pegawai teknikal sama ada mahu mendapatkan khidmat mereka untuk menyarung jersi kebangsaan atau sebaliknya.

“Semua pemain yang memiliki darah Ghana berpeluang untuk menyarung jersi kebangsaan jika diperlukan jurulatih.

“Bukan mereka berdua sahaja, ada juga desakan untuk pasukan memanggil semula khidmat pertahanan, Baba Rahman tetapi itu semua tidak terletak di tangan saya.

“Sama ada mereka membantu pasukan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia yang lepas, itu bukanlah isu utama kerana apa yang penting, mereka dapat bantu menambahkan kualiti pasukan.

“Saya percaya Nketiah dan Hudson-Odoi berada dalam radar barisan teknikal kami ketika ini,” kata Adams.

Nketiah antara nama besar di England kerana pernah mengetuai jentera serangan Arsenal dan ketika ini mewakili kelab Crystal Palace, manakala Hudson-Odoi dianggap pemain sayap paling konsisten Nottingham Forest sejak berhijrah daripada Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI