Dia buktikan usia cuma angka. Dia buktikan bermain tanpa jurulatih di gelanggang pun boleh berjaya. Survivor kanser kolorektal itu beraksi dengan kaki berdarah, namun dialah sang juara. Itulah Chou Tien Chen, pemain perseorangan lelaki badminton dari Taiwan yang kini berusia 35 tahun. Aksinya semasa meraih juara Terbuka Arctic 2025 di Finland baru-baru ini menuai pujian ramai termasuk legenda badminton negara kita, Datuk Lee Chong Wei. Pada usia 35 tahun, dia menumbangkan Kunlavut Vitidsarn pemain muda dari Thailand yang juga bekas……