fbpx
BUMBUNG dataran perhimpunan SK Kampung Medan, Kuala Langat musnah sepenuhnya dibadai bencana angin pusar, semalam. Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

‘Saya nampak angin pusar dua kali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT- “Saya nampak angin pusar dua kali. Angin memang kuat, saya tak pernah tengok dan rasai angin sekuat itu dalam hidup.”

Itu cerita pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya yang mahu dikenali sebagai Ali, 50, mengenai kejadian ribut dan angin pusar di Kampung Medan, di sini petang semalam.

“Pada pukul 4.05 petang, kawasan ini dilanda hujan lebat. Lima minit kemudian saya nampak angin pusar dari kawasan tanah perkuburan berdekatan. Angin memang kuat, tak pernah saya tengok dan rasai angin sekuat itu,” katanya ketika ditemui, di lokasi kejadian, hari ini.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, Ali segera melarikan diri ke dalam bangunan sekolah untuk mendapatkan perlindungan sebelum melihat angin pusar itu bergerak ke arah SK Kampung Medan dan Sekolah Rendah Agama Kampung Medan.

“Bukan sekali angin pusar berpusing tetapi dua kali mengelilingi sekolah. Saya nampak angin terbangkan bumbung. Keadaan (kerosakan) di sekolah ini sangat teruk. Bumbung beberapa blok SK Kampung Medan rosak teruk, malah ada yang runtuh,” katanya.

Tinjauan Kosmo! di kesemua sekolah tersebut mendapati kesemua murid tidak hadir kecuali pihak pentadbir bagi memeriksa kerosakan yang dialami, malah ia juga dikawal rapi oleh jaga, polis serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN