fbpx
Tangkap layar keadaan ribut dan puting beliung di Kampung Medan, Telok Panglima Garang semalam.

Ribut: Kampung Medan diisytihar bencana tahap 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Ribut dan puting beliung yang melanda sehingga mengakibatkan Kampung Medan, Telok Panglima Garang yang terjejas teruk semalam telah menyebabkan lokaliti itu diisytiharkan bencana tahap 1.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pengisytiharan itu dibuat kira-kira pukul 5.30 petang semalam oleh Pegawai Daerah Kuala Langat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Katanya, bencana yang berlaku pukul 4.15 petang itu telah menyebabkan sebanyak 40 buah rumah rosak di sekitar kawasan perumahan Batu 9, Kampung Medan dan kawasan industri Taman Sijangkang Jaya.

Lima buah sekolah turut terjejas iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Medan, SK Jalan Tanjung dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Medan.

“Sebuah Dewan Wawasan Batu 9, Kampung Medan yang turut menempatkan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang turut rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, seramai 11 murid SRA Kampung Medan telah mengalami kecederaan ringan namun lima daripadanya telah mendapatkan rawatan dari Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang.

Baki enam lagi murid telah dibawa pulang oleh pihak keluarga.

“Selain itu, seorang lelaki cedera di mata manakala seorang wanita patah kaki selepas dihempap besi ketika kejadian. Kedua-duanya kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya.

“Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Harmoni Batu 7 Sijangkang turut dibuka pukul 8 malam tadi yang menempatkan 18 mangsa daripada lapan mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI