fbpx
Ijid Landu bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah dan Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA di Mess Pegawai Kanan PGA, Pengkalan Chepa dekat Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

PGA rampas pelbagai barangan RM794 juta di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Nilai rampasan bernilai lebih RM794 juta direkodkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara sepanjang menjalankan penugasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Januari hingga September lalu.

Pemangku Komander Briged Tenggara PGA, Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, daripada jumlah itu, rampasan sisa elektronik (e-waste) mencatatkan nilai yang paling tinggi di ketiga-tiga negeri tersebut dengan jumlah rampasan sebanyak RM410 juta.

Menurutnya, rampasan e-waste melalui Ops Hazard banyak dijalankan di Pahang berikutan banyak kilang-kilang yang beroperasi secara haram di negeri tersebut.

“Daripada jumlah keseluruhan, sebanyak lebih RM274 juta hasil rampasan direkodkan di Kelantan dengan melibatkan 1,520 kes menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan.

“Selain itu, seramai 1,388 individu ditangkap dan 868 buah kenderaan yang bernilai lebih RM79 juta dirampas sepanjang operasi itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah dan Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA di Mess Pegawai Kanan PGA, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Ijid Landu memberitahu, barangan yang dirampas di Kelantan kebiasaannya melibatkan kes mengikut Akta Kastam 1967, haiwan-haiwan di bawah Jabatan Veterinar, beras, hasil pertanian, peoduk kosmetik dan minyak masak.

Menurutnya, jumlah tangkapan dan rampasan yang dijalankan oleh PGA menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan dilihat tidak menentu malah ada pasang surutnya.

“Tugasan hakiki PGA di Kelantan adalah untuk mengawal sempadan Malaysia-Thailand tanpa bermusim tidak kira semasa banjir atau tidak. Kita sentiasa bersedia 24 jam di perbatasan negara.

“Boleh dikatakan, PGA tiada masa untuk bersenang-lenang semasa menjalankan Ops Taring Wawasan Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN