fbpx
Anis Rizana pada sidang media pembentangan OBK di Lundu, hari ini.

Permintaan tinggi spesies eksotik jadikan Malaysia hab penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUNDU – Permintaan pasaran dan nilai komersial yang tinggi terhadap spesies eksotik menjadi faktor negara ini terus digunakan sebagai hab penyeludupan hidupan liar.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata kategori paling dominan melibatkan burung, mamalia dan reptilia, manakala hasil hutan seperti gaharu mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu RM134.02 juta.

“Sindiket kini mengubah modus operandi dengan menggunakan konsainan kecil secara berulang melalui bagasi penumpang, perkhidmatan kurier dan outlet komersial bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media pembentangan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK), di sini hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata antara rampasan yang berjaya dilakukan menerusi OBK adalah dua ekor lutung dan dua ekor siamang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Julai lalu, hasil operasi bersama AKPS dan Aviation Security (AVSEC).

Selain itu, Anis berkata cubaan menyeludup keluar gibbon dan cuscus melalui pintu masuk udara turut digagalkan pada hujung September, dengan suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Menurut beliau pada 7 Ogos lalu, lebih 2,500 ekor kura-kura hidup bernilai RM348,000 berjaya dirampas di KLIA hasil operasi bersama AKPS, AVSEC, Malaysia Airports Holdings Berhad dan Jabatan Perlindugan Hidupan Liar dan Taman Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI