fbpx
Tangkap layar video pergaduhan berkenaan.

Pergaduhan pelajar tular selesai tanpa tindakan lanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah di Telok Panglima Garang, di sini, yang tular di media sosial telah diselesaikan secara baik tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil.

Kejadian itu dikesan kira-kira pukul 8.30 pagi apabila polis menerima maklumat mengenai satu rakaman video menunjukkan beberapa pelajar bergaduh di dalam kawasan sekolah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihak polis telah hadir ke sekolah berkenaan kira-kira pukul 10 pagi bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan itu membabitkan semua pelajar berusia 14 tahun. Tiada yang cedera atau mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Akmalrizal, perbincangan tiga hala antara pihak sekolah, ibu bapa atau waris pelajar yang terlibat serta pihak polis telah diadakan.

“Semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan insiden berkenaan secara damai dan berhemah,” katanya.

Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan.

“Tindakan boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu di bawah undang-undang sedia ada,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI