fbpx
Gambar hiasan.

Pelajar lelaki dicekup kes ‘gangguan’ di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Seorang pelajar lelaki ditahan selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah ini, Isnin lalu.

Kejadian itu melibatkan mangsa berusia 15 tahun, manakala suspek 14 tahun dengan kedua-dua mereka belajar di sekolah sama.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9. 30 pagi ketika waktu rehat.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan suspek di tepi jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar pada hari sama. Remaja yang juga pelajar sekolah itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Tambah Md. Yusof, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI