fbpx
Pasport AS kini berada di tempat ke-12 paling berkuasa di seluruh dunia. - Alamy

Pasport Amerika Syarikat hilang kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Buat pertama kali dalam tempoh dua dekad, Amerika Syarikat (AS) tercicir daripada senarai 10 pasport paling berkuasa, kemerosotan ketara bagi kuasa besar global tersebut, lapor akhbar The Guardian semalam.

Menurut laporan terbaharu Indeks  Pasport Henley, ranking berdasarkan bilangan negara yang boleh dilawati oleh pengembara tanpa memerlukan visa itu menunjukkan pasport AS berada di kedudukan ke-12.

Ia berkongsi kedudukan dengan Malaysia.

Tahun lepas, AS berada di tempat ketujuh, namun merosot ke tangga ke-10 pada Julai 2025  sedangkan pasport sama mengungguli Indeks Henley 10 tahun lalu.

“Negara-negara yang menerima keterbukaan dan kerjasama mencatatkan peningkatan kedudukan, manakala mereka yang bergantung kepada keistimewaan masa lalu pula keciciran,” kata Pengerusi Henley & Partners, Christian H Kaelin.

Negara Asia kini mendominasi kedudukan senarai. Singapura mendahului dengan akses bebas visa ke-193 destinasi, diikuti Korea Selatan dengan 190 destinasi dan Jepun yang mencatatkan  189 destinasi.

Penurunan kedudukan AS itu sejajar dengan dasar imigresen dan perjalanan lebih ketat pentadbiran Presiden Donald Trump.

Dasar Trump pada mulanya menyasarkan pendatang asing tanpa izin tetapi tindakan keras itu  diperluaskan terhadap pelancong, pekerja asing dan pelajar antarabangsa.

Menurut Henley & Partners, timbal balik memainkan peranan besar dalam kedudukan negara.

Katanya, meskipun pemegang pasport AS pada masa ini boleh mengakses 180 destinasi tanpa visa, Washington sendiri membenarkan hanya 46 negara lain memasuki sempadannya tanpa visa.

Contohnya pada April lalu, Brazil menamatkan kemasukan bebas visa untuk rakyat  AS, Kanada dan Australia, dengan alasan timbal balik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI