PETALING JAYA – Penduduk di Kelantan dan beberapa daerah di Terengganu dinasihatkan agar berwaspada susulan amaran hujan lebat dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), pagi ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu diramalkan berlarutan sehingga pukul 11 pagi.
Katanya, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan ketika ini.
Selain itu, di Terengganu, kawasan terjejas adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. – KOSMO! ONLINE