fbpx
MAYAT wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan meninggal dunia di sungai belakang rumahnya di Kampung Tasik, Sungai Rambai, Jasin, tengah hari tadi.

Nenek hilang ditemui lemas di sungai belakang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui meninggal dunia di sungai belakang rumahnya di Kampung Tasik, Sungai Rambai, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa berusia 83 tahun itu disedari hilang oleh ahli keluarganya sekitar pukul 11 pagi semalam sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.

Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.11 malam.

“Pada pukul 11.51 pagi, mangsa ditemui terapung tidak sedarkan diri di permukaan air oleh pasukan penyelamat yang membuat pencarian di kawasan sungai belakang rumah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI