KLANG – Seorang murid lelaki Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan Meru di sini, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan influenza A, hari ini.
Allahyarham Muhammad Syeikhu Azrin yang berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa disahkan dijangkiti Influenza A.
“Seluruh ahli keluarga kanak-kanak itu juga positif wabak berkenaan. Polis menerima laporan mengenai kematian kanak-kanak itu pada awal pagi dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.
Tambah Vijaya, pasukan kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk pemeriksaan dan pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE